“Loan tak lulus kalau orang Kelantan,” kedai tolak permohonan pelanggan

617

Baru-baru ini pengguna TikTok berkongsi pengalaman pihak kedai menolak permohonannya untuk membuat pinjaman membeli sebuah motor.

Menerusi video berkenaan seorang perempuan dipercayai wakil dari sebuah kedai motor memberitahu permohonan pelanggan itu ditolak kerana berasal dari Kelantan.

@buzy24hour

Habis la lepasni orang klantan susah dah nak buat loanπŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚

♬ bunyi asal – Perantau – F@S



“Maaf tanya encik orang Kelantanke, minta maaf encik pihak loan tidak terima orang Kelantan,” katanya.

Jawapan berkenaan menimbulkan rasa geram pelanggan lelaki tersebut yang mempersoalkan tindakan sedemikian.

“Guano tak terimo ore Kelate, kito nok beli..kito baiyaa tiap-tiap bule,” jelasnya.

@buzy24hour

Membalas kepada @Sauchin πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚

♬ bunyi asal – F@S – F@S

Perkongsian video perbualan suara mesej berkenaan menimbulkan pelbagai reaksi daripada pengguna media sosial bahkan turut membuat andaian sendiri selain berkongsi pengalaman.

“Amik loan kt mana? Kelantan atau negeri lain? Dan ni loan dari mana? Ada jenis loan lg prefer orang dalam negeri tu jugak sebab senang nak β€˜kejar’,” kongsi pengguna TikTok.

@buzy24hour

Membalas kepada @𝖏𝖔𝖐𝖔 loan motor πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…

♬ bunyi asal – F@S – F@S

Sementara, seorang lagi pengguna media sosial Peeqa Arif yang pernah bekerja di kedai motor menjelaskan, “Selalu benda ni jadi kalau loan kedai. Memang selalu akan amik dalam negeri je.”

“Loan saya orang Pahang pinjam dalam 7k sejak 2011 lagi tak terbayar. Main select pula negeri lain ek,” kata En Phill Archery.

“Sebab ore klate, beli muto loan. Ambik muto wat balik kampung, dok bayar pah mapuh, muto lari keda,” kongsi seorang pengguna TikTok.Β 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here