[Video] Pemandu Axia baharu lari lepas langgar belakang sebuah kereta

935

Seorang pengguna Facebook berkongsi rasa kesal apabila sebuah Perodua Axia baharu melarikan diri selepas terlibat dalam kemalangan kecil.

Syafik Fauzi berkongsi video pendek kejadian tersebut di grup Facebook DashCam Owners Malaysia yang meminta pertolongan orang ramai mengesan pemilik kereta berkenaan. 
 

“Cari owner Axia baru ni kejap. Dah salah lorong. Langgar orang plak. Lari plak tu. Mohon tampilkan diri,” tulisnya. 
 
Kejadian dipercayai berlaku di Kuala Terengganu menuju jambatan Sultan Mahmud. Perodua Axia berkenaan berada di lorong yang salah kerana laluan tersebut hanya untuk membelok ke kanan (berdasarkan anak panah jalan raya).  
 
Manakala kedudukan kereta mangsa (lorong tengah) pula menunjukkan anak panah terus atau belok ke kanan.
 
Syafik tidak menyangka pemandu Axia berkenaan memandu ‘lurus’ ketika dia membelok ke kanan sehingga menyebabkan hatchback putih tersebut melanggar bahagian belakang kereta mangsa.
 
Bagaimanapun, pemandu Axia itu bertindak melarikan diri. Justeru itu, Syafik membuat laporan di balai polis namun tidak berkongsi kerosakkan yang dialami. 
 
 


APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here