Kembar Perodua Axia, Toyota Agya dirasmikan di Indonesia. Siap ada versi GR Sport lagi!

2623

Toyota Astra Motor (TAM) secara rasmi memperkenalkan Agya generasi baharu di Indonesia sekali gus pertama di peringkat global.

Jika di Malaysia, kembarnya adalah Perodua Axia yang dikatakan akan dilancarkan pada esok.

Untuk pasaran Indonesia, Agya akan dijual dua varian iaitu standard dan GR Sport dengan pilihan transmisi automatik dan manual. Bagaimanapun, Toyota tidak mendedahkan harga Agya.



Generasi kedua Agya menerima beberapa perubahan daripada generasi terdahulu, satu daripadanya ialah penggunaan platform baharu.

Ia menggunakan platform Daiharsu New Global Architecture (DNGA) yang sama dengan Perodua Axia generasi kedua di Malaysia.

Dengan platform baharu itu, keupayaan pengangkutan kereta dan kecekapan bahan api lebih baik.

Namun bagi segi prestasinya, Toyota Agya dilengkapi dengan enjin berkod WA-VE 1,200 cc 3-silinder VVT-i. Toyota mendakwa enjin itu mampu menyalurkan 86 hp dengan tork setinggi 113 Nm yang disalurkan melalui transmisi CVT.

Bukan itu sahaja, kereta ini juga padat dengan pelbagai ciri, antaranya Kawalan Pra-Perlanggaran, Amaran Berlepas Lorong, dan Pemantauan Titik Buta.

Walaupun sudah diperkenalkan kepada umum, Toyota masih belum membukauntuk tempahan. Pelanggan boleh menempah Agya serba baharu itu sempena Pameran Motor Antarabangsa Indonesia (IIMS) 2023 yang akan berlangsung dari 16-26 Februari 2023.

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here