Utama Berita Automotif Isteri ketiga mengaku bersalah rosakkan kereta dan motor suami

Isteri ketiga mengaku bersalah rosakkan kereta dan motor suami

829
Seorang peniaga kedai emas yang juga isteri ketiga seorang peniaga mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Kemaman, Terengganu atas pertuduhan melakukan khianat dengan merosakkan cermin kereta dan motor berkuasa tinggi milik suaminya pada Ahad lalu.
 
Pengakuan itu dibuat tertuduh, Siti Fazira Mohd Sofian, 28, selepas pertuduhan dibacakan di depan Majistret Sharifah Amirda Shasha Amir Shariffuddin.
 
Gambar hiasan
Berdasarkan pertuduhan, tertuduh didakwa sengaja melakukan khianat dengan mengetuk cermin depan dan belakang kereta Mercedes-Benz dan merosakkan bahagian belakang motosikal Honda Gold Wing menggunakan bakul mengisi buah.
 
Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu kira-kira jam 2.15 petang, di kediaman madunya yang merupakan isteri kedua suaminya, di Taman Gong Pauh, Chukai.
 
Bagi kesalahan itu tertuduh didakwa mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan, sabit kesalahan boleh dihukum penjara maksimum lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.
 
Mahkamah kemudiannya membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM4,000 dengan seorang penjamin. Selain itu mahkamah turut menetapkan 15 Mac ini untuk fakta dan hukuman.
 
Media sebelum ini melaporkan gara-gara tidak berpuas hati setelah suaminya tidak pulang rumah selama dua hari, seorang wanita yang juga isteri ketiga, bertindak menceroboh masuk ke rumah madunya sebelum merosakkan motosikal serta kereta milik suaminya.


APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here