#Tips: 4 cara mudah rendahkan motor buat rider pendek

1778

Bagi penunggang yang tidak cukup ‘inci’ bukanlah mudah kerana hanya ada beberapa pilihan segmen motor yang boleh ditunggang.

Kaki akan menjengket dan perlu menumpang tayar mahupun pembahagi jalan apabila berhenti di lampu isyarat.

Jadi salah satu cara terbaik, menurunkan ketinggian motor agar lebih selesa menunggang. Apa yang perlu anda buat?, ini antara pilihan ubahsuai yang boleh dilakukan:



  1. SUSPENSI

Ganti suspensi belakang motor dengan jenis lebih pendek atau mengubah suspensi depan dan belakang akan membuat posisi motor menjadi lebih rendah.

Pastikan memilih suspensi yang sesuai dengan spesifikasi motor agar tidak menjejaskan kualiti keselesaan dan keselamatan tunggangan.

2. TAYAR 

Tukar tayar dengan ukuran yang lebih kecil juga boleh menjadi pilihan untuk menurunkan tinggi motor.

Namun, perhatikan juga lebar tayar agar tetap sesuai dengan spesifikasi motor dan tidak mengganggu keseimbangan pengendalian.

3. PELANA 

Pelana yang lebih rendah atau kurang tebal membantu penunggang menjejakkan kaki di jalan. Namun, pastikan anda memilih pelana yang sesuai dengan postur tubuh.

4. RANGKA

Solusi ini melibatkan perbelanjaan besar tetapi dapat menjadi alternatif kekal untuk menurunkan tinggi motor.

Gantikan rangka motor dengan jenis yang lebih pendek atau melakukan modifikasi pada rangka motor misalnya memotong dan menyambung rangka dengan cara yang selamat dan profesional.

Selain daripada melakukan modifikasi di atas, cara lain yang boleh dilakukan oleh rider pendek adalah memilih tapak kasut yang tinggi agar mudah mencapai pedal gear dan brek. 

Rider juga boleh berlatih keseimbangan agar dapat mengawal motor, seperti melakukan gerakan berhenti dan meneruskan tunggangan. Ini membantu apabila di saat kecemasan.

Penunggang juga boleh duduk lebih dekat pada tangki minyak dan pastikan bahagian belakang tegak agar lebih mudah mengawal motor. 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here