Arnold Schwarzenegger tampal sendiri jalan berlubang di LA

1143

Bosan dengan lubang besar di kawasan kejiranan Los Angeles, Arnold Schwarzenegger mengambil penyodok dan membaiki sendiri jalan berkenaan. 

Pelakon dan bekas gabenor California itu berkongsi video berkenaan di Twitter yang menunjukkan beliau bersama seorang pembantu menggunakan konkrit berbungkus untuk membaiki jalan di kawasan Brentwood.



“Hari ini, selepas seluruh kawasan kejiranan kecewa dengan jalan berlubang gergasi ini yang merosakkan kereta dan basikal selama berminggu-minggu, saya keluar bersama pasukan saya dan membetulkannya.

“Saya selalu berkata, jangan mengeluh, mari kita lakukan sesuatu mengenainya. Dah siap,” ciapnya.

Daniel Ketchell, jurucakap Schwarzenegger, berkata penduduk Brentwood membuat permintaan berulang kali untuk pembaikan sejak ribut musim sejuk yang mengakibatkan jalan tempatan berlubang dan retak. 

Datuk Bandar Karen Bass minggu lalu mengumumkan rancangan menangani bilangan jalan rosak yang belum pernah terjadi sebelumnya di seluruh bandar.

Sejak 30 Disember, Los Angeles telah menerima 19,692 permintaan perkhidmatan untuk pembaikan, dan sehingga 6 April, krew telah menampal sekurang-kurangnya 17,549 lubang, kata pegawai.

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here