Hyundai Creta dibuka tempahan: Bakal mengugat Perodua Ativa atau Honda WR-V?

432

Nampaknya, pengeluar automotif Korea mengambil peluang terhadap permintaan yang rancak terhadap pasaran SUV segmen B di Malaysia ini dengan membuka tempahan untuk Hyundai Creta bagi pasaran tempatan.

Untuk pasaran Malaysia, Hyundai-Sime Darby Motors (HSDM) menyediakan satu platfrom untuk tempahan menerusi Cl!cktoBuy.

Ini fakta yang anda kena tahu tentang Hyundai Creta:

  • Hyundai Creta disasarkan untuk golongan muda dengan kehadiran reka bentuk kontemporari, berteknologi dan ciri keselamatan aktif yang komprehensif. 
  • Dioptimumkan untuk pasaran Asia-Pasifik, SUV segmen B ini juga menawarkan kepraktisan, ruang dan kemudahan untuk disesuaikan dengan gaya hidup aktif.
  • Rekaannya memancarkan keberanian dan keperibadian, terutamanya dari hujung hadapan Parametric Jewel, di mana lampu nyalaan siang LEDnya ‘tersembunyi’ dalam gril yang menonjol. 
  • Pada waktu malam, lampu nyalaan siang hari digabungkan dengan lampu depan projektor LED yang dipasang pada bumper untuk mencipta tandatangan visual yang menakjubkan.
  • Bahagian dalam dilengkapi pelbagai ciri teknologi untuk keselesaan dan kemudahan lain. Ia didatangkan kluster LCD TFT 10.25 inci, skrin sentuh infotainmen lapan inci dengan Android Auto dan Apple CarPlay tanpa wayar.
  • Ada empat mod pemanduan boleh dipilih yang menekankan kepelbagaian watak Creta.
  • Dari segi keselamatan, ia mempunyai enam beg udara dan Hyundai SmartSense yang komprehensif bagi ciri keselamatan aktif termasuk Forward and Blind Spot Collision-Avoidance Assist, Lane Keeping Assist, Lane Following Assist, Leading Vehicle Departure Alert, Rear Cross Traffic Collision-Avoidance Assist, Safe Exit Warning dan High Beam Assist.
  • Hyundai Creta turut menerima penarafan keselamatan Program Penilaian Kereta Baharu penuh lima bintang untuk Negara Asia Tenggara (ASEAN NCAP).

Buat masa ini, harga rasmi belum didedahkan. Ia dijangka dilancarkan pada 28 April ini.



APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here