Menteri Pengangkutan: Proses lesen PSV dalam seminggu

278

Kementerian Pengangkutan memberi jaminan urusan mendapatkan Lesen Vokasional Kenderaan Perkhidmatan Awam (PSV) bagi pemandu e-hailing kini dipercepat dan boleh diperoleh dalam tempoh seminggu.

Menterinya, Anthony Loke, berkata ia susulan pemansuhan ujian teori bagi PSV yang mula berkuat kuasa sejak minggu lalu.

Grab cars are seen during a launch ceremony in Phnom Penh, Cambodia, December 19, 2017. REUTERS/Samrang Pring

“Sebelum ini, setiap pemandu perlu menunggu antara dua hingga tiga bulan bagi mendapatkan lesen PSV.



“Malah, kapasiti untuk meluluskan lesen PSV amat terhad iaitu sekitar 200 ke 300 pemandu seminggu disebabkan pelaksanaan ujian teori berkenaan,” katanya 

Loke berkata, sebelum ini syarikat pengendali e-hailing (EHO) memaklumkan lebih 2,000 permohonan bagi mendapatkan lesen PSV tertangguh terutama di Lembah Klang.

“Menerusi kerjasama dengan EHO ini, kita berjaya menyelesaikan lebih 2,000 permohonan lesen PSV yang tertunggak sejak tiga bulan lalu,” katanya.

Pada majlis sama, Loke turut menyampaikan lesen PSV kepada pemandu e-hailing orang kelainan upaya (OKU) pekak.

“Seramai 210 daripada 2,295 calon pemandu e-hailing Grab adalah pemandu OKU.

“Sebelum ini pemandu e-hailing OKU pekak tidak dibenarkan memandu, namun kini dibenarkan oleh kerajaan. Data daripada EHO menunjukkan pemandu pekak boleh memandu dengan baik dan tidak timbul isu keselamatan kepada penumpang, malah mereka adalah pemandu yang berhemah,” katanya.

 
 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here