95 peratus pemandu salah sebut jenama BMW

326

Satu kaji selidik menunjukkan hampir semua pemandu di Britain gagal menyebut BMW dengan betul begitu juga jenama automotif yang lain misalnya Hyundai, Lancia dan Volkswagen.

Kira-kira 80 pengeluar kereta utama di seluruh dunia, mungkin sukar untuk mengetahui semua sebutan yang betul.

Bagaimanapun, menurut tinjauan pemandu UK, nama beberapa syarikat kereta terbesar seperti Porsche, BMW, Skoda dan Hyundai kerap disebut salah. 



Justeru itu, survei tersebut mendedahkan sebutan betul 10 daripada jenama kenderaan utama.

Berdasarkan tinjauan terhadap 1,000 responden UK, 95 peratus tidak tahu cara menyebut BMW dengan betul. 

Syarikat Bayerische Motoren Werke (BMW) mendedahkan cara yang betul untuk menyebut jenama itu ialah ‘Bee-em-vee’.

Pengeluar kedua yang sukar disebut warga UK ialah Hyundai, yang sepatutnya disebut sebagai ‘Hun-day’. Hanya enam peratus berjaya menyebut nama Hyundai dengan betul.

Sementara itu, syarikat permotoran yang paling mudah untuk warga UK katakan ialah Renault, dengan 44 peratus daripadanya menyebut ‘Reh-noh’.

Selain itu, Skoda sebenarnya disebut ‘Schkoda’, namun 89 peratus orang tidak dapat menyebutnya dengan betul.

Sementara itu, apa yang boleh dikatakan sebutan yang paling sukar ialah Volkswagen, dengan hanya sembilan peratus rakyat Britan menyebut dengan betul. Sebutan betul adalah “Fokes-vah-gun”.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here