Saman pengguna gagal pamer cukai jalan, anggota peronda disiasat

1743
Siasatan dalaman akan dibuat ke atas anggota terlibat atas kecuaian mengeluarkan saman terhadap individu gagal mempamerkan cukai jalan di Jalan Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, pada Ahad lalu.
 
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, pihaknya telah mengesan satu hantaran dimuatnaik pemilik akaun Facebook, Faiz Sulaiman mengenai saman yang diterimanya.
 
“Pemilik akaun tersebut telah berkongsi sekeping saman POL.257 yang telah dikenakan ketika di lokasi kejadian.
 
“Semakan pihak ibu pejabat polis daerah Petaling Jaya mendapati saman telah dikeluarkan oleh anggota polis peronda pada 16 April lalu atas kesalahan gagal mempamerkan cukai jalan,” katanya. 
 
Saman terhadap individu berkenaan telah dibatalkan dan arahan dikeluarkan kepada petugas lapangan untuk tidak mengeluarkan saman berkaitan kesalahan tidak mempamerkan lesen kenderaan motor sebagaimana dikeluarkan oleh pihak Kementerian Pengangkutan Jalan pada 10 Februari lalu.
 



APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here