Rempit, lumba haram hampir tidak wujud lagi di Pulau Pinang

626

Aktiviti rempit dan lumba haram dikenal pasti sebagai hampir tidak wujud lagi di Pulau Pinang.

Ia adalah dapatan terkini menerusi mesyuarat strategi bagi memerangi kegiatan itu oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) bersama jabatan dan agensi luar.

Gambar hiasan

Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, menerusi pemantauan dan operasi dijalankan di negeri ini sejak Julai tahun lalu, pihaknya tidak lagi mengesan perlumbaan haram yang dirancang dalam skala besar.



“Sejak jawatankuasa penguatkuasaan dan pencegahan ditubuhkan, aktiviti rempit secara tersusun boleh dikatakan hampir tidak wujud lagi di Pulau Pinang.

“Kini hanya yang ada ialah perlumbaan haram membabitkan individu saja tetapi bukan berbentuk dirancang,” katanya 

Pihaknya berbangga dengan komitmen semua jabatan dan agensi sehingga mampu melahirkan kaedah baharu bagi membanteras aktiviti berkenaan di negeri ini dengan bergabung tenaga.

Katanya, ia adalah usaha hampir saban minggu termasuk operasi dan serbuan terhadap bengkel yang disyaki menjalankan kegiatan ubah suai motosikal bagi perlumbaan.

“Belum ada lagi undang-undang khusus yang melarang bengkel bagi mengubah suai tetapi premis tanpa lesen atau beroperasi secara haram boleh diambil tindakan mengikut undang-undang pelesenan yang dikuatkuasakan majlis dan ia terpulang kepada pihak berkenaan sama ada mahu menyita atau menutup premis berkenaan.

“Kita dapati, ada antara mereka yang apabila diberi notis supaya datang ke Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), ia tidak dipatuhi dan kita hanya boleh keluarkan saman serta senarai hitam,” katanya.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here