Utama Berita Automotif Auto Bavaria bawa MINI Countryman Shadowline, Stealth sempena musim perayaan

Auto Bavaria bawa MINI Countryman Shadowline, Stealth sempena musim perayaan

6

Kemeriahan musim perayaan diteruskan Auto Bavaria dengan pengenalan dua model eksklusif MINI Countryman edisi terhad – Shadowline dan Stealth.

Dua model ini diinspirasikan bagi pelanggan yang menghargai keistimewaan individu yang tersendiri.

Hanya tersedia di Auto Bavaria, edisi terhad MINI Countryman dihasilkan dalam jumlah terhad, memberi peluang kepada pelanggan menjadi sebahagian komuniti pemilik MINI yang eksklusif.

Inisiatif eksklusif ini membuktikan komitmen Auto Bavaria dalam menawarkan pengalaman pengangkutan premium dan tersendiri, sekali gus mencerminkan semangat sebenar MINI.

Dengan reka bentuk menyerlah, ekspresi diri dan pemilikan berasaskan keperibadian, kedua-dua edisi terhad MINI Countryman ini direka khas untuk menawarkan bukan sahaja daya pergerakan, tapi turut memaparkan gaya hidup unik yang tidak boleh didapati di tempat lain di Malaysia.

Pengarah Urusan Auto Bavaria, Vi Thim Juan berkata, pihaknya sangat berbesar hati memperkenalkan dua edisi terhad MINI Countryman eksklusif ini di Malaysia bagi mengukuhkan lagi kerjasama jangka panjang antara mereka dan MINI.

“Pelancaran ini mencerminkan komitmen berterusan kami dalam menawarkan model unik dan premium kepada pelanggan.

“Melalui inisiatif ini, kami bukan sahaja mempertingkatkan pengalaman pemilikan, malah memperkukuh lagi reputasi Auto Bavaria sebagai jenama automotif premium yang dipercayai di Malaysia,” jelasnya.

MINI Countryman Shadowline Edisi Terhad menampilkan keanggunan dan daya tarikan abadi, dengan kemasan luaran hitam berkilat digandingkan jalur bonet menyerlah untuk penampilan di jalan raya yang anggun lagi dinamik.

Bagi menambah baik pengalaman pemilikan, para pemilik akan menerima kamera Leica Edisi Terhad sebagai hadiah eksklusif, menjadikan versi kenderaan ini pilihan menarik bagi pengumpul dan mereka yang menghargai reka bentuk.

Bagi mereka yang ingin tampil lebih berani, MINI Countryman Stealth Edisi Terhad membawakan penampilan gah dengan kemasan luar hitam kusam (matte black) yang memaparkan keyakinan dan gaya moden.

Seiring dengan keunikannya, pelanggan akan menerima set hadiah eksklusif yang terdiri daripada Beg Kembara MINI, pakaian premium MINI John Cooper Works dan Tinta Solar Premium.

Bersempena dengan sambutan Raya, pelanggan yang membeli MINI Countryman Shadowline Edisi Terhad atau MINI Countryman Stealth Edisi Terhad boleh menikmati tawaran perayaan menarik, di samping peluang menyertai Sime Motors Raya Gold Rush yang menambahkan lagi keterujaan serta nilai kepada sambutan tersebut.

MINI Countryman Shadowline Edisi Terhad dan MINI Countryman Stealth Edisi Terhad boleh didapati untuk tempoh tertentu sahaja, secara eksklusif di bilik pameran Auto Bavaria MINI di seluruh negara.

Saksikan sendiri edisi terhad yang nyata berbeza ini secara lebih dekat untuk menerokai pengalaman pemilikan premium MINI serba baharu.

*Tertakluk pada terma dan syarat

TIADA KOMEN

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here