#Tips: Jika Malaysia dilanda gempa bumi dan sedang memandu, jangan panik lakukan 4-langkah ini!

620

Sebelum ini, Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (NRECC) menyatakan Malaysia mempunyai kebarangkalian untuk berlaku gempa bumi berdasarkan kepada bukti empirikal.

Apa yang harus dilakukan apabila gempa bumi terjadi ketika sedang memandu?. Ikuti langkah ini….



1) Perhatikan Keadaan Sekitar

Gegaran yang dihasilkan oleh gempa bumi mungkin tidak begitu dirasai ketika sedang memandu kerana diredam oleh suspensi.

Namun, anda boleh perhatikan objek sekitar untuk mengetahui berlakunya gempa bumi, seperti tiang atau pohon yang bergoyang secara sama. Jangan panik dan hentikan kereta secara perlahan.

2) Berhenti di tempat terbuka

Apabila gegaran yang dirasakan cukup besar, segera berhenti di tepi dan jangan membrek mengejut. Tindakan itu berpotensi menyebabkan kemalangan.

Membrek secara perlahan dan jangan lupa nyalakan lampu isyarat membelok lalu beralih ke tempat terbuka.

Elak parkir berhampiran objek yang mudah jatuh ketika gempa bumi. Misalnya, parkir di tepi bangunan, papan iklan atau pokok agar kereta tidak ditimpa. Hindari juga meletakkan kereta di atas jambatan kerana berpotensi roboh. 

3) Cari maklumat

Segera hidupkan radio, atau cari informasi dari jabatan rasmi atau portal berita sahih menerusi telefon pintar bagi memantau situasi terkini. Ikuti arahan daripada pihak berwajib apabila berlakunya keadaan darurat. 

4) Keluar kereta

Apabila gempa yang terjadi semakin besar, segera bawa barang berharga dan tinggalkan kereta. Jangan teruskan perjalanan apabila jalan rosak teruk akibat gempa bumi atau lalu lintas tidak terkawal.

Apabila ada potensi terjadinya tsunami, segera menuju lokasi yang lebih tinggi untuk selamatkan diri.

Apapun, jangan panik…

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here