Pasangan remaja wheelie: Suami reman 3-hari, isteri bebas

580

Seorang remaja lelaki direman tiga hari bagi membantu siasatan selepas dipercayai terlibat melakukan aksi ‘wheelie’ semasa menunggang sebuah motosikal di Jalan Pasir Puteh, Peringat, Kota Bharu, baru-baru ini.

Perintah reman yang bermula hari ini sehingga Ahad terhadap lelaki berusia 17 tahun itu dikeluarkan oleh Majistret Mohammad Fitri Mokhtar di Mahkamah Majistret Kota Bharu.



Mahkamah bagaimanapun menolak permohonan reman terhadap isteri suspek berusia 16 tahun yang membonceng motosikal ditunggangnya semasa kejadian dengan alasan remaja perempuan berkenaan hanya sebagai saksi pertuduhan dan perlu dibebaskan.

Semalam akhbar tempatan melaporkan, sepasang suami isteri remaja dicekup selepas terlibat dengan aksi ‘wheelie’ semasa menunggang motosikal di Jalan Pasir Puteh, Peringat.

Suami yang berusia 17 tahun dan isterinya, 16 tahun ditahan semasa mereka berdua menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Bharu di sini kira-kira jam 10 pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Mohd. Rosdi Daud berkata, kedua-dua suspek hadir ke IPD Kota Bharu selepas dua hari menghilangkan diri apabila diburu polis.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here