Malaysia Autoshow 2023: Mercedes-AMG GT 63 S E Performance lancar di Malaysia, harga RM2.08 juta

395

Mercedes-Benz Malaysia memperkenalkan Mercedes-AMG GT 63 S E PERFORMANCE, jentera keluaran Mercedes-AMG paling berkuasa pernah dihasilkan. 

AMG GT 63 S E PERFORMANCE didatangkan dengan enjin 4.0-liter V8 biturbo bersama motor elektrik dan bateri prestasi tinggi yang dibangunkan oleh AMG serta AMG Performance 4MATIC+ sistem pacuan semua roda.



Gabungan janakusa itu menghasilkan kuasa 843hp dan tork maksimum 1,400Nm. Ini membolehkan pecutan 0-100kmj dicapai dalam tempoh 2.9 saat dengan kelajuan maksimum 316kmj.

Penggunaan elektrik penuh mampu dipandu sejauh 12km berkat penggunaan bateri  6.1kWj. Melalui mod pemanduan ‘elektrik’ pula membolehkan ia mencapai kelajuan 130kmj.

Mercedes menawarkan pengecas AC onboard 3.7kW di stesen pengecasan, wallbox atau soket rumah.

Peralatan standard yang ditawarkan antaranya suspensi AMG Ride Control+, pemilihan mod pemanduan AMG Dynamic Select dan sistem brek berprestasi tinggi.

Sistem keselamatan pula antaranya Active Distance Assist Distronic, Active Steering Assist dan Active Parking Assist dengan Parktronic.

Mercedes-AMG GT 63 SE PERFORMANCE boleh dimiliki pada harga bermula RM2,088,888 seunit.

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here