Harga Yamaha Y16ZR ‘Tech Art’ DOXOU bermula RM11,818, edisi terhad hanya 5,000 unit

1250

Hong Leong Yamaha Motor Sdn Bhd (HLYM) memperkenalkan edisi terhad 2023 dengan harga Yamaha Y16ZR ‘Tech Art’ DOXOU bermula RM11,818.

Moped popular itu hanya ditawarkan 5,000 unit sahaja. Harga Yamaha Y16ZR ‘Tech Art’ DOXOU yang disyorkan (RRP) RM11,818, tidak termasuk yuran pendaftaran dan perlindungan insurans.

Untuk makluman, “DOKUSOU” berasal daripada perkataan Jepun yang bermaksud ‘menjadi kreatif dan mendahului orang lain’. Jadi nama DOXOU sempurna untuk model unik berkenaan.



Menampilkan liveri moden dan tercanggih dengan rim warna cyan baharu pada kedua-dua roda hadapan dan belakang.

Pemilik baharu juga akan menerima fender sukan Y16ZR edisi terhad, lambang Y16ZR nombor pengeluaran dan sijil khas ‘Terima Kasih’ sebagai penghargaan atas pembelian mereka.

Ia masih menggunakan enjin 155cc 4-lejang, 4-injap, SOHC penyejuk cecair dengan sistem Penggerak Injap Pembolehubah (VVA). 

Enjin itu menyalurkan 17.9hp dengan tork setinggi 14.4Nm yang mana kuasanya disalurkan ke kotak gear 6-kelajuan.

Selain itu, sistem Assist dan Slipper Clutch membantu mengurangkan beban tuil klac, menjadikannya lebih mudah untuk menukar gear rendah.

Pemegang tuas Klac direka 10mm lebih pendek berbanding dengan Yamaha Y15ZR, memberikan penunggang cengkaman yang lebih mudah apabila menukar gear untuk perjalanan yang lebih selesa.

Yamaha Y16ZR ‘Tech Art’ DOXOU baharu akan berada semua pengedar sah di seluruh negara mulai 8 Mei 2023. Okey ker harga tu?

Galeri Gambar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here