Utama Berita Automotif Polis sita 14 motor dan 4 kenderaan mikromobiliti dalam Operasi Lawlessness

Polis sita 14 motor dan 4 kenderaan mikromobiliti dalam Operasi Lawlessness

501
Pihak polis Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Ampang Jaya mengeluarkan 22 keping saman atas pelbagai kesalahan trafik dalam Operasi Lawlessness di sekitar Kampung Tasik Tambahan dan Tasik Permai, semalam.
 
Dalam operasi tersebut, pihak berkuasa menyita 20 buah kenderaan termasuk empat kenderaan mikromobiliti di bawah Seksyen 64 (1) dan Seksyen 6 (4) APJ 1987.
 
 
Tindakan berkenaan susulan aduan orang ramai berkaitan pengguna jalan raya tidak mematuhi undang-undang jalan raya.
 
“Terdapat warganegara asing menunggang motosikal, tidak memakai topi keledar dan ada segelintirnya menggunakan kenderaan mikromobiliti di jalan utama,” tulisnya dalam kenyataan yang dikongsi di akaun Facebook Friends of Trafik Ampang. 
 
 
Kesemua kenderaan yang disita di bawa ke BSPT untuk proses panggil pemilik dan tindakan selanjutnya.
 
 

Tahun lalu, Kementerian Pengangkutan menetapkan larangan penggunaan kenderaan mikromobiliti di atas jalan raya melibatkan jenis Moped, Personal Mobility Devices (PMD) dan Personal Mobility Aids (PMA).

Larangan itu dilaksanakan mengikut Kaedah-Kaedah Lalu Lintas (Larangan Penggunaan Kenderaan Mobiliti Tertentu) 2021 yang berkuat kuasa 17 Dis 2021.


APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here