[Video] Jambatan dalam pembinaan di India runtuh kali kedua

424

Sebuah jambatan gantung yang sedang dibina di India runtuh buat kali kedua dalam tempoh 14 bulan.

Jambatan itu dibina di atas Sungai Ganges daerah Bhagalpur di negeri Bihar, timur India.



Pembinaan dijadualkan siap pada 2019 tetapi tertunda beberapa kali, termasuklah disebabkan insiden jambatan itu runtuh kali pertama pada 30 April tahun lalu akibat angin kencang dan hujan.

“Terdapat kekecohan besaran di sini, rasanya seperti ada letupan. Kemudian kami mendapat tahu jambatan itu runtuh,” kata seorang penduduk, Rakesh Kumar. 

Rakesh memberitahu lapan lelaki berada di atas jambatan ketika kejadian pada Ahad itu dan seorang pengawal dilaporkan hilang.

Rakaman video menunjukkan sebahagian jambatan tenggelam dalam air, dengan hanya beberapa tiang dan kabel yang disambungkan masih berdiri. 

“Kami telah menjalankan siasatan dan telah melaporkan penemuan itu kepada ketua pentadbiran daerah,” kata Timbalan Ketua Pentadbiran Daerah, Amit Raj. 

Ketua Menteri Bihar Nitish Kumar, bercakap kepada pemberita pada hari Isnin, juga menjanjikan “tindakan tegas”.

“Ia tidak dibina dengan betul sebab itu ia runtuh. Ia sepatutnya dibuat lebih kukuh,” katanya.

Pada Oktober tahun lalu, sebuah jambatan gantung era kolonial runtuh di bandar Morbi di negeri barat Gujarat runtuh, menjunam ratusan ke dalam sungai Machchhu di bawah dan membunuh 135.

Ia telah dibuka semula hanya beberapa hari lebih awal selepas beberapa bulan pembaikan.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here