Tular pecah cermin kereta, pencuri akhirnya dicekup polis

287

Seorang lelaki yang sebelum ini tular mencuri selepas memecahkan cermin sebuah kereta, akhirnya berjaya dicekup hari ini.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim berkata, tangkapan suspek berusia 32 tahun itu dilakukan kira-kira jam 4.30 petang tadi sekitar daerah Shah Alam. 

Katanya, siasatan mendapati suspek merupakan seorang penganggur.



Semakan juga mendapati suspek mempunyai enam rekod jenayah lampau dan satu rekod berkaitan dadah. Permohonan reman terhadap suspek akan dibuat esok di Mahkamah Majistret Shah Alam,” katanya.

Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, sekiranya disabitkan kesalahan.

Terdahulu tular aksi video seorang lelaki yang menunggang motosikal memecahkan cermin penumpang depan Proton Saga di tempat letak kereta di Jalan Lumut, Alam Budiman, Seksyen U10.

Dalam kejadian kira-kira jam 5.10 petang pada 31 Mei lalu menyebabkan kerugian termasuk beg mangsa, wang tunai RM50 dan beberapa dokumen penting.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here