HLYM perkenal dua warna baru Yamaha Tracer 9 GT, harga naik RM500

315

Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) memperkenalkan dua warna baru Pure White dan Midnight Black pada Yamaha Tracer 9 GT (2023).

Harga cadangan model adventure itu adalah RM69,998 (tidak termasuk insurans) yang mana kenaikan sebanyak RM500 berbanding sebelumnya.

Menggantikan warna sedia ada merah dan biru, pilihan warna baru Yamaha Tracer 9 GT boleh didapati di pengedar rasmi Yamaha bermula hari ini.



Pelanggan jentera berkenaan bakal menerima kunci keselamatan cakera brek Yamaha bernilai RM100.

Yamaha Tracer 9 GT didatangkan dengan enjin 889cc DOHC penyejukkan cecair yang menghasilkan kuasa 117hp @ 10,000rpm dan tork 93Nm @ 7,000rpm bersama kotak gear  6-kelajuan.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here