
Apakah benar Suzuki Malaysia Sdn Bhd (SMSB) akan melancarkan satu lagi model Suzuki V-Storm pada hujung minggu ini?
Ianya merupakan rentetan kepada model Suzuki V-Storm 1050DE yang diperkenalkan kepada media dan umum sewaktu di Malaysia Autoshow di MAEPS yang lalu.

Suzuki V-Storm 800DE, itulah model yang mungkin dilancarkan nanti. Andai benar berita tersebut,tampak model Suzuki V-Storm berjaya menambat hati peminat Adventure Touring di negara kita.
Sekaligus model V-Storm merupakan Ikon yang melonjakkan jenama Suzuki di negara kita.Baik dari segi harga ,kualiti serta ketahanan jentera berkenaan.
Berbalik pada Suzuki V-Storm 800DE .Model ini berjaya memukau perhatian hadirin sewaktu di EICMA tahun lepas. Dikatakan Suzuki 800DE V-Storm tidak dikuasai oleh enjin V-Twin.

Malah enjin serba baharu ini dikuasai oleh enjin 776cc kembar selari yang dibangunkan di Hamamatsu,Jepun.
Enjin baharu ini menawarkan kuasa dengan menjana 83hp pada 8,500rpm dan 79Nm pada 6,800rpm.
Suzuki V-Strom 800 DE dilengkapi dengan pakej elektronik lengkap termasuk Suzuki Intelligent Ride System (SIRS).





























