“Tak sangka, orang selalu datang ke bengkel rupanya dalang..”

1319

“Tak sangka, orang yang selalu datang ke sini (bengkel) dan baik dengan kami rupanya dalang,” kata Mohd Kamaruzaman Mohd Ismail, 38, selepas bengkel motosikalnya di Bukit Jeragan, dipecah masuk kawan sendiri, semalam.

Menurutnya, sekitar jam 9 malam dia mendapat panggilan telefon daripada jiran memaklumkan bengkelnya dimasuki pencuri.

“Ketika itu saya dan isteri berada di Pontian untuk menyiapkan landskap pelanggan. Bengkel motosikal ini hanya sampingan bila tiada kerja membuat landskap.



“Kami bergegas pulang dan mendapati semua alat ganti dalam bengkel hilang. Selepas melihat CCTV (kamera litar tertutup) dari rumah jiran mendapati seorang penjenayah masuk ke dalam bengkel manakala dua lagi menunggu dalam kereta.

“Salah seorang daripada mereka saya kenal kerana boleh dikatakan setiap minggu datang ke bengkel termasuk untuk membaiki motosikal,” katanya.

Mohd Kamaruzaman berkata, akibat kejadian itu dia kerugian hampir RM10,000 apabila pelbagai alat ganti motosikal dilarikan penjenayah terbabit.

“Rupa-rupanya dia sudah lama memerhati sebelum melakukan perbuatan itu. Patutlah minggu lalu dia hubungi saya bertanyakan bengkel buka ke tidak,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Superintendan Shahrulanuar Mushaddat Abdullah Sani ketika dihubungi mengesahkan pihaknya menerima laporan dan kes masih dalam siasatan.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here