Op Lancar Aidiladha bermula hari ini hingga 2 Julai

445

Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman melaksanakan Op Lancar bermula hari ini hingga 2 Julai sempena perayaan Hari Raya Aidiladha.

Menerusi satu kenyataan di Facebook, pelaksanaan Op Lancar tersebut bagi memastikan aliran trafik bergerak dengan baik di seluruh negara sepanjang tempoh lima hari berkenaan.



“Op Lancar pada kali ini berperanan memantau dan mengambil tindakan penyuraian lalu lintas di semua di semua lebuh raya utama seperti Lebuhraya Utara Selatan, Lebuhraya Karak, Lebuhraya Pantai Timur (LPT) dan lebuh raya yang menghubungkan negeri dan daerah seperti jalan persekutuan, jalan negeri serta jalan bandaran.
 
“Selain itu, persimpangan lampu isyarat atau persimpangan yang dijangkakan akan berlaku kesesakan yang melampau turut di pantau bagi memberi keselesaan pergerakan lalu lintas,” katanya. 
 
Pihak berkuasa juga menasihati pengguna jalan raya supaya sentiasa bekerjasama, berhemah, berhati-hati dan memberi tumpuan sepenuhnya kepada pemanduan bagi mengelak kemalangan berlaku.
 
 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here