Pelajar sekolah maut motosikal langgar lembu melintas

413

Seorang pelajar lelaki maut selepas motosikal ditunggang melanggar seekor lembu di Jalan Kampung Kota Bukit dalam mukim Jeneri, Sik, Kedah, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 6.30 petang itu, Abdul Hameen Abdul Rahman, 14, mengalami kecederaan parah pada kepala dan meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan di Hospital Daerah Sik (HDS).

Mangsa yang merupakan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jeneri menghembuskan nafas terakhir di Bahagian Kecemasan HDS kira-kira jam 9.35 malam tadi.



Ketua Polis Daerah Sik, Deputi Superintendan Abdull Razak Osman berkata, siasatan awal mendapati kejadian berlaku ketika mangsa menunggang Honda C100 dari arah Kampung Langgok ke Kampung Kota Bukit.

“Sebaik tiba di lokasi kejadian, mangsa dipercayai melanggar seekor lembu yang tiba-tiba melintas jalan menyebabkan mangsa terjatuh dari motosikalnya.

“Mangsa mengalami kecederaan parah pada kepala dan disahkan meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan di HDS,” katanya.

Mayat mangsa dihantar ke Unit Forensik HDS untuk dibedah siasat dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here