Shell tawar siri produk penjagaan kereta berkualiti tinggi

290

Selain bahan api serta minyak pelincir, Shell kini menawarkan siri produk penjagaan kereta berkualiti tinggi, direka untuk meningkatkan pengalaman pemanduan pengguna dan menjadikan setiap perjalanan lebih meyakinkan dan bergaya. 

Siri perkhidmatan penjagaan kereta ini merupakan inisiatif yang julung kali dilaksanakan oleh Shell. Pasukan yang terbabit memberi penelitian mendalam untuk menghasilkan produk penjagaan kereta berkualiti tinggi, yang pastinya menjamin hasil yang terbaik. Setiap produk adalah bukti kepakaran dan dedikasi Shell selama bertahun-tahun terhadap kualiti. 



Pengurus Besar, Mobiliti, Malaysia, Seow Lee Ming berkata, tahun ini dimulakan dengan pelancaran bahan api terbaik dengan memberikan tambahan 15 kilometer bagi setiap tangki penuh. 

“Kini, dalam perjalanan untuk menjadi ‘Better by Far’, kami bercita-cita menjadi destinasi sehenti untuk semua pelanggan dengan pelancaran produk penjagaan kereta baharu.

“Rangkaian produk penjagaan kereta terbaru kami adalah bukti dedikasi ini, memenuhi semua keperluan pembersihan pelanggan dan meningkatkan pemanduan harian mereka dengan kepuasan dan keseronokan,” katanya.

Siri produk Penjagaan Kereta Shell baharu terdiri daripada enam produk pembersihan dalaman dan luaran berbeza yang boleh didapati di stesen Shell. Rangkaian produk tersebut termasuk: 

Produk Penjagaan Luaran 

Produk pembersihan luaran seperti Syampu Kereta Shell, Syampu dan Lilin Kereta Shell dan Shell Speedwax, berkesan menghilangkan karat, menghapuskan sisa minyak dan gris, dan memberikan kilauan yang menakjubkan kepada kenderaan anda. 

Produk Penjagaan Dalaman 

Kain Mikrofiber Shell, Pencuci Barangan Kulit Shell dan Pembersih Dalaman Shell berkesan membersih kenderaan anda, memastikan ia bebas daripada kuman dan selamat untuk keluarga 

Rangkaian penuh produk Penjagaan Kereta Shell kini boleh didapati di stesen Shell di seluruh Semenanjung dan tidak lama lagi akan tiba di stesen Shell di Malaysia Timur. Untuk tempoh masa terhad, pelanggan boleh menikmati diskaun 20% untuk semua produk Penjagaan Kereta Shell. 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here