Dapatkan rawatan di Malaysia, pesakit Indonesia ini guna jet peribadi

500

Akaun TikTok @mummy_dian berkongsi video menjemput seorang pesakit dari negara jiran, Indonesia.

“Pesakit dari Surabaya Indonesia, fly terus dengan private jet untuk mendapatkan rawatan di hospital Malaysia,” tulisnya.

Menerusi video pendek itu sebuah ambulans menunggu di landasan Lapangan Terbang Subang untuk menjemput pesakit berkenaan.



@mummy_dian Pesakit Dari Surabaya Indonesia, Fly Terus Dengan Private Jet Untuk Mendapatkan Rawatan Di Hospital Malaysia #ambulance #ambulans #fyp #foryou #fypシ #foryoupage #fypシ゚viral #fypage ♬ bunyi asal – Mummy_Dian

Pesakit itu kemudian dipindahkan ke atas tandu ambulans sebelum di bawa ke hospital.

Menurut pemilik video, pesakit berkenaan datang ke Malaysia untuk mendapatkan rawatan lanjut akibat jangkitan kuman.

“Kurang lebih RM70,000 untuk satu flight ( USD 20,000) kenapa saya tau. Pasien suami saya banyak pake private jet untuk berubat ke Malaysia masa covid dulu,” komen ecykokong.

Malaysia menjadi tumpuan pelancongan kesihatan rakyat Indonesia bagi mendapatkan rawatan kesihatan.

Sementara itu, pada bulan Mac lalu Presiden Indonesia, Joko Widodo mendedahkan hampir dua juta rakyatnya memilih untuk berubat di luar negara republik itu terutamanya ke Malaysia.

Jokowi melalui Twitternya berkata, lebih sejuta rakyat Indonesia berubat ke hospital di Malaysia, 750,000 ke Singapura manakala selebihnya mendapatkan rawatan ke Jepun, Amerika Syarikat (AS), Jerman dan lain-lain negara.

Oleh kerana itu katanya, Indonesia mengalami kerugian sebanyak Rp165 triliun (RM 48.31 juta) kerana modal khidmat perubatan keluar.

Difahamkan, ramai rakyat Indonesia lebih mempercayai perubatan moden terutamanya hospitaliti di Malaysia kerana lebih murah, berkesan dan layanan yang bagus.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here