Lori terbakar punca aliran trafik Genting Sepah-Gombak lewat sejam

290

Aliran trafik dilaporkan perlahan di Lebuh Raya Kuala Lumpur – Karak (KLK) dari Genting Sempah ke Gombak sehingga menyebabkan kelewatan satu jam di lokasi.

Situasi tersebut disebabkan berlaku kemalangan di KM35.5 arah Barat melibatkan sebuah lori yang terbakar serta penutupan jalan dilakukan menghala ke Tol Gombak ketika ini.

Menurut Lembaga Lebuhraya (LLM), trafik juga perlahan dari Gombak ke Genting Sempah ekoran kemalangan tersebut.



Selain itu, tinjauan aliran trafik di lebuh raya utama lain masih dalam keadaan terkawal.

Kosmo melaporkan, aliran trafik menuju ke Pantai Timur dan negeri di Utara Semenanjung dijangka sesak mulai hari ini apabila ramai perantau bakal pulang mengundi sempena pada Pilihan Raya Negeri (PRN) esok

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here