Pesawat ringan tergelincir di Melaka

368

Pesawat ringan dalam latihan hilang kawalan semasa mendarat di Melaka, hari ini.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah Asisten Komisioner Christopher Patit, berkata kejadian itu dilaporkan berlaku sekitar jam 12.16 tengah hari di landasan RWY 21 Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka di Batu Berendam.



“Pesawat itu dikendalikan oleh pelatih wanita berusia 23 tahun dan melibatkan sebuah pesawat International Aero Training Academy Sdn Bhd jenis Piper 28, dalam latihan penerbangan, sebelum ia hilang kawalan semasa mendarat di RWY 21.

“Tindakan telah diambil di Post 1 untuk ketibaan ambulans,” katanya.

Jelasnya pesawat tersebut berjaya dikeluarkan sepenuhnya dari lokasi pada 12.50 tengah hari, manakala juruterbang dilaporkan tidak cedera, kecuali hanya merasa sakit di bahagian dada akibat kesan hentakan dan dihantar ke Hospital Melaka.

Beliau berkata, setakat ini, masih belum ada laporan polis secara rasmi dibuat.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here