Mitsubishi Triton Champion Xperience bakal diadakan di Miri, Sarawak

246

Selepas diadakan di Shah Alam, Selangor, kini Mitsubishi Triton Champion Xperience bakal diadakan di Miri, Sarawak bagi membuktikan keupayaan trak pikap berkenaan.

Acara itu akan berlangsung pada hujung minggu 26 dan 27 Ogos 2023 dari jam 9.00 pagi hingga 6.00 petang di Parkcity Eastwood, Miri.

Ia diilhamkan sempena kemenangan Triton dalam Asia Cross Country Rally (AXCR). Ia membuktikan teknologi yang dibangunkan Mitsubishi Motors dalam sukan permotoran dipindahkan ke dalam pembangunan dan pembinaan model pengeluaran yang akhirnya ditemui dalam Triton.



Melalui Triton Champion Xperience, pengunjung boleh merasai pengendalian, kuasa dan kebolehpercayaan Triton melalui ‘Taxi Ride’ berkelajuan tinggi. Selain itu, boleh memandu di laluan yang direka khas untuk menguji sistem Mitsubishi Motors Super–Select 4WD II.

Kemasukan adalah percuma Orang terawal yang mendaftar untuk menyertai pandu uji di tapak rasmi MMM https://www.mitsubishi-motors.com.my/triton-mini-axcr/ akan menerima T-Shirt Champion Xperience eksklusif, Touch N RM20 dan menangi hadiah cabutan bertuah North Face EXPLORE BARDU II.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here