Rasai sendiri kehebatan Mitsubishi XPANDER dan Triton di Mitsubishi Ultimate Thrills!

315

Buat warga Kelantan dan Kedah, anda berpeluang menguji pengendalian dan keupayaan Mitsubishi XPANDER dan Triton sempena acara Mitsubishi Ultimate Thrills!

Pengunjung boleh memandu uji Triton dan XPANDER melalui beberapa laluan berhalangan yang semuanya direka untuk mencabar pengendalian kenderaan Mitsubishi.

Acara itu bakal diadakan antara jam 10 pagi hingga 6 petang di lokasi seperti berikut:

  • Bersebelahan AEON Mall, Kota Bahru, Kelantan – 25 dan 26 Ogos 2023
  • Hadapan Mitsubishi Motors Authorized Showroom, Alor Setar – 8 dan 9 September 2023

Kursus Berhalangan Mitsubishi XPANDER

The Devil’s Angle akan menyaksikan peserta melalui halangan mengharungi laluan air untuk mempamerkan kepelbagaian XPANDER untuk mengendalikan jalan bergelora atau banjir kilat dengan jarak bebas tanah yang tinggi 205mm.



Satu lagi adalah Side Traverse, yang direka khas untuk menguji ketangkasan dan pengendalian unggul XPANDER. 

Selain itu, pengunjung juga boleh menguji Roller Conveyor yang mengiktiraf keselamatan XPANDER yang sangat baik di mana Kawalan Traksi kereta membantu mengekalkan cengkaman pada permukaan yang licin atau lasak.

Kursus Berhalangan Mitsubishi Triton

Bagi trak pikap Mitsubishi Triton, pengunjung boleh menguji Hill Slope. Laluan berhalangan ini dibina untuk mempamerkan ciri Hill Start Assist menjadikannya mudah untuk bermula di cerun menaik yang curam.

Laluan berhalangan diteruskan dengan cerun Downhill bagi menguji ciri Hill Descent Control, iaitu menggunaan brek automatik ketika menuruni bukit.

Peserta juga boleh mengambil cabaran Mud Pit dan Elephant Steps yang mempamerkan mod luar jalan Triton untuk cengkaman tambahan dan sistem Super Select 4WD II yang memberikan cengkaman dan pengendalian optimum untuk mana-mana rupa bumi.

Bagi yang mahu menyertainya, pengunjung boleh mendaftar melalui https://www.mitsubishi-motors.com.my/ultimate-thrills/ dan terima baucar KFC RM10.

Pandu uji dan terima beg Mitsubishi Motors Nature Hike Foldable Round Bucket yang eksklusif.

Pandu uji dan bertanding untuk memenangi hadiah cabutan bertuah yang menarik seperti Nintendo Switch, G Shock dan UV Disinfectant. Selain itu, disediakan trak makanan, ais krim dan aktiviti yang menyeronokkan untuk seisi keluarga.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here