Utama Berita Automotif Cadangan naik taraf lesen motor B2 kepada B secara automatik

Cadangan naik taraf lesen motor B2 kepada B secara automatik

930
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata cadangan untuk menaik taraf lesen memandu motosikal bagi kelas B2 kepada B secara automatik akan dibawa ke Kementerian Pengangkutan (MoT) untuk diteliti terlebih dahulu.
 
Beliau berpendapat tidak ada masalah berhubung cadangan itu kerana penunggang motosikal yang mempunyai lesen B2 memang memiliki pengalaman menunggang kenderaan berkenaan.
 
“Saya tidak fikir ujian memandu (diperlukan) kerana mereka pemandu (penunggang) yang berpengalaman, dan saya juga fikir mereka tidak memerlukan syarat-syarat ketat.
 
“Saya akan kemukakan kepada Menteri Pengangkutan (Anthony Loke Siew Fook) dahulu, saya tidak fikir ini satu masalah kerana ia merupakan isu pentadbiran sahaja,” katanya.
 
Jabatan Pengakutan Jalan (JPJ) mengklafikasikan lesen memandu kelas B2 bagi motosikal tidak melebihi 250 cc manakala kelas B melibatkan motosikal melebihi 500 cc.
 
Terdahulu, Presiden S.A.M, Datuk Abdul Halim Suleiman menyerahkan kertas cadangan bagi menaik taraf lesen memandu kelas B2 kepada B secara automatik bagi penunggang motosikal yang tidak melakukan kesalahan jalan raya serius dalam tempoh tiga tahun selepas mendapat lesen B2.
 


APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here