Presiden Nissan Motor Co Ltd lancar Pusat Flagship Nissan pertama di Petaling Jaya

269

Pelanggan dan pemilik kenderaan Nissan berpeluang merasai pengalaman baharu apabila mereka mengunjungi Pusat Flagship Nissan pertama di Petaling Jaya. 

Ia direka bentuk semula dan dinaik taraf selaras dengan Konsep Runcit Nissan (NRC-NEXT) yang terkini, Pusat Flagship 3S yang menarik perhatian ini berfungsi sebagai mercu tanda kecemerlangan peruncitan automotif dan selepas jualan jenama Nissan di Malaysia.

Konsep Runcit Nissan bertujuan menginovasikan pengedar Nissan dan menyampaikan standard perkhidmatan bertaraf dunia kepada pelanggan Nissan di seluruh dunia. 



Ia bertumpu pada mempamerkan nilai jenama Nissan sepanjang masa pelanggan berada di pusat flagship itu, sama ada untuk memandu uji model terkini atau menghantar kereta untuk servis biasa. 

Setiap titik sentuh kemudahan runcit yang mematuhi konsep NRC-NEXT sudah pun direka bentuk dan diperhalusi semula untuk menyampaikan keseronokan dan kepuasan kepada pelanggan.

Pusat Flagship Nissan 3S baharu di Petaling Jaya membawa intipati kemewahan Jepun yang abadi ke persekitaran moden namun berfungsi untuk menerima dan mengalu-alukan pelanggan yang dihargai serta pemilik Nissan yang dihormati.

Dengan pelaburan bernilai lebih RM4 juta, Pusat Flagship Nissan 3S yang siap dinaik taraf di Petaling Jaya ini terselah dengan muka bangunan yang menawan serta logo baharu anggun yang mencerminkan identity korporat terkini Nissan. 

Pada 10 Ogos, pusat flagship dengan kemudahan yang dipertingkatkan itu dirasmikan oleh Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Nissan Motor Co., Ltd. (NML), Makoto Uchida diiringi pengarah dan eksekutif atasan NML dan Edaran Tan Chong Motor (ETCM).

Makoto berkata, NML bangga kerana mempunyai hubungan jangka panjang lebih daripada 60 tahun dengan Tan Chong. 

Menurutnya, visi jangka panjang kami adalah untuk memperkasakan masa depan mobiliti sebagai sebahagian daripada Nissan Ambition 2030. 

“Kami mahu mengubah Nissan menjadi jenama mampan yang benar-benar diperlukan oleh pelanggan dan masyarakat.

“Untuk mencapai matlamat ini, kami akan terus bekerjasama dengan pengedar dan rakan kongsi kami untuk menyampaikan produk dan perkhidmatan yang terbaik dan paling inovatif, serta menyediakan pengalaman pelanggan Nissan yang lebih bersepadu dan dibuat khusus,” kata Makoto Uchida.

Pusat Servis di Pusat Flagship Nissan 3S terdapat 25 ruang servis am yang dilengkapi dengan pengangkat, serta ruang khusus untuk penyaman udara dan perkhidmatan penjajaran roda. Selain itu, bilik individu juga diperuntukkan untuk pembaikan EV dan kenderaan yang memerlukan kerja membaik pulih yang lebih banyak.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here