UMW Toyota Motor positif pada Ogos 2023, jual 10,033

280

UMW Toyota Motor mengakhiri Ogos 2023 dengan mencapai jumlah jualan bulanan sebanyak 10,275 unit (Toyota + Lexus), terdiri daripada 10,033 unit untuk Toyota, manakal Lexus mencecah 242 unit.

Ia menunjuk peningkatan jumlah jualan bulanan sebanyak 8,349 unit pada Julai 2023 dengan jumlah jualan tahun sehingga Ogos 2023 kini berjumlah 67,283 unit berbanding 61,639 unit bagi tempoh tahun lalu.

Ini menandakan kenaikan 9.2 peratus tahun ke tahun dalam jualan tahun ke tarikh untuk lapan bulan pertama tahun itu, manakala jualan bulanan yang dicapai pada Ogos 2023 juga meningkat sebanyak 13% tahun ke tahun.



Toyota turut mengukuhkan lagi tawaran portfolionya dengan pelancaran dua peningkatan yang menarik kepada barisan Toyota Corolla, yang terdiri daripada varian Corolla GR Sport dan Corolla naik taraf 2023.

Bermula daripada RM152,800, Corolla GR Sport meningkatkan keseronokan pemanduan bagi peminat yang inginkan pengalaman pemanduan sporty yang dibezakan daripada varian Corolla yang lain. Sementara itu, model Corollanaik taraf 2023, berharga RM139,800.

Rangkaian Hilux, Fortuner dan Innova juga menerima kemas kini pada bulan September. Iaitu, Hilux GR Sport menerima kuasa hingga 224PS dan tork 550Nm, menjadikannya pikap paling berkuasa dalam kelasnya.

Tailgate Assist juga dijadikan ciri standard untuk varian Hilux GR Sport, Rogue dan 2.4V. Pelanggan yang membeli Hilux, Fortuner dan Innova kini akan mendapat tag RFID sebagai standard untuk semua varian.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here