EMOS terima lebih 260 unit tempahan Kawasaki ZX-25R SE, warna hijau paling laku keras

1119

Sejak tempahan dibuka sehingga minggu pertama September, pihak EMOS menerima lebih daripada 260 unit tempahan Kawasaki ZX-25R SE.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif EMOS, Roslan Roskan, 100 unit daripadanya telah diberikan kepada pelanggan pada hari pelancaran sportbike 4-dapur tersebut. 



“Sementara, bakinya kami akan hantar secara berperingkat. Angka tempahan sentiasa berubah setiap hari akan bertambah bagaimanapun sehingga awal bulan ini (September) saya anggarkan lebih daripada 260 unit tempahan.

“Manakala warna yang paling banyak mendapat sambutan adalah hijau KRT. Bagi 100 unit model pertama sebanyak 77 pemilik memilih warna hijau KRT manakala selebihnya adalah  hitam,” katanya. 

Sementara, Roslan berkata setakat ini kandungan tempatan yang digunakan pada ZX-25R SE lebih daripada 40 peratus.

“Buat masa ini lebih daripada 35 hingga 40 peratus dan ke arah penggunaan komponen tempatan 50 peratus.

“Barisan pemasangan juga kini bertambah kepada tiga yang menunjukkan komitmen kami dalam memasarkan jenama Kawasaki ke pasaran tempatan,” jelasnya. 

 

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here