Rasmi..harga Kawasaki ZX-25R SE ialah RM33,900 seunit

1133
EMOS mengumumkan harga Kawasaki ZX-25R SE ke pasaran Malaysia iaitu RM33,900 seunit.
 
 
Seperti yang dilaporkan semalam, dua warna ditawarkan buat pelanggan tempatan iaitu:
 
  • Lime Green/Ebony (hijau)
  • Metallic Matte Graphenesteel Grey/Ebony (kelabu)

Menurut Ketua Pegawai Pemasaran EMOS, George Kashiwagi, tanda harga berkenaan mewakili dedikasi syarikat dalam menawarkan motosikal berprestasi bertaraf dunia dan memudahkan rakyat Malaysia memilikinya.

Sebagai perbandingan harga Kawasaki ZX-25R di negara Asia Tenggara yang lain:

  • Kawasaki ZX-25R SE Indonesia: IDR125,700,700 (RM38,115)
  • Kawasaki ZX-25R Thailand: BHT299,900 (RM39,342)
  • Kawasaki ZX-25R SE KRT Vietnam: VND197,000,000 (RM38,414)
  • Kawasaki ZX-25R Filipina: PHP 410,000 (RM33,872)

Walaupun EMOS masih belum mendedahkan spesifikasi Malaysia, ZX-25R pasaran tempatan bakal menerima output yang sama di pasaran Thailand.



ZX-25R Thailand didatangkan dengan enjin 249.8cc DOHC penyejukkan cecair yang menghasilkan kuasa 45.3hp @ 15,500rpm dan tork 22Nm @ 12,500Nm bersama transmisi 6-kelajuan.

 

 

 

 
 
 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here