Konstabel polis gaji RM1,441 kategori miskin bandar

403

Anggota baharu yang direkrut dalam pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dikategorikan sebagai golongan B40 dengan gaji permulaan hanya RM1,441.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd. Shuhaily Mohd Zain berkata, pendapatan itu sangat menyedihkan ditambah pula dengan kos sara hidup jika tinggal di pertengahan bandar.

Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain

“Semua konstabel secara automatik berada di bawah kategori B40, miskin. Jadi, kita mempunyai barisan anggota yang miskin.



“Apabila mereka masuk tandatangan sebagai rekrut konstabel gaji mereka RM1,441, selepas tamat latihan keluar rekrut konstabel mereka dapat gaji bersama elaun sebanyak RM1,800 dan gaji bersih adalah RM1,500.

“Dengan RM1,500 bolehkah hidup di Kuala Lumpur? Itu tidak campur mereka yang sakit, anak sakit, anak istimewa (OKU) sehingga menyebabkan mereka ini berfikiran serabut,” katanya.

Sehubungan itu, Mohd. Shuhaily menggesa ketua agar cakna dengan keadaan, kedudukan anak buah serta bersikap adil terhadap anggota mereka.

“Ada anggota pangkat sarjan datang jumpa saya ingin menolak kenaikan pangkatnya disebabkan isteri lumpuh serta dua anaknya mengalami penyakit ‘Cerebral Palsy’.

“Setiap pagi dia kena angkat mereka untuk bersihkan, pakaikan baju dan siapkan keperluan sebelum kerja. Isteri masak nasi lemak untuk dijual di tempat kerja.

“Elaun keluar untuk kerja adalah untuk pembiayaan perubatan dan dia juga ada masa untuk anak-anak jika tidak ditukarkan tempat bertugas,”ceritanya.

Susulan perkara itu, pangkat anggota berkenaan dinaikkan dan tempat bertugas tidak ditukarkan kerana atas alasan munasabah yang diberikan.

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here