Isuzu Malaysia taja Borneo Safari 2023, cabaran off-road paling sukar di dunia!

148

Dua Isuzu D-Max 1.9-liter Single Cab bakal menyertai Borneo Safari tahun ini, selain tiga lagi unit Isuzu D-Max X-Terrain sebagai kenderaan rasmi media bagi acara berkenaan. 

Ketua Pegawai Eksekutif Isuzu Malaysia, Shunsuke Okazoe, berkata versi Single Cab dipilih untuk menggalas peranan sokongan dalam acara itu kerana kebolehannya sebagai jentera yang kental dan serba boleh.



“Untuk menakluki acara seperti Borneo Safari yang menghamparkan laluan sukar dalam hutan, ia tidak hanya memerlukan kenderaan dengan sistem 4×4 yang mantap, tetapi juga perlu dihadirkan dengan kemampuan yang sangat tinggi untuk memastikan ia berhasil melepasi cabaran lapan hari dalam keadaan ekstrim. 

“Dengan warisan panjang Isuzu D-Max sebagai sebuah trak pikap, ia tidak disangkal lagi menjadi kenderaan media yang paling boleh diharap sepanjang edisi terdahulu acara ini, dan sudah berhasil mengangkut media dan peralatan mereka menempuhi pelbagai situasi dan keadaan setiap tahun sejak sedekad lalu,” katanya.

Sebagai Penaja Berlian bagi acara ini buat sekian kalinya, Okazoe menyerahkan dokumen penajaan dan kunci bagi kenderaan rasmi media berkenaan kepada Presiden Persatuan Pacuan Empat Roda Sabah, Faez Nordin.

Borneo Safari tahun ini memasuki penganjurannya bagi tahun ke-31 dan diiktiraf sebagai satu daripada cabaran off-road paling sukar di dunia. 

Acara itu bakal dilepaskan di hadapan pejabat Lembaga Pelancongan Sabah pada Ahad, 29 Oktober 2023 dan akan menjelajahi kawasan pergunungan Sook dan Ranau sebelum kembali ke Kota Kinabalu selepas seminggu.

Isuzu Malaysia sekali lagi akan bekerjasama dengan Tourism Malaysia, Lembaga Pelancongan Sabah serta Red Springs Sdn Bhd untuk menerbitkan siri video web yang mempromosikan acara ini khususnya, dan Sabah umumnya sebagai destinasi pengembaraan.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here