Langgar SUV polis, remaja lelaki patah tangan dan kaki

285

Remaja lelaki berusia 18 tahun cedera selepas Yamaha Y15ZR yang ditunggang melanggar SUV polis di KM4 Jalan Raya Timur Barat Gerik-Jeli berhampiran lampu isyarat Bandariang, Gerik, Ahad.

Ketua Polis Daerah Gerik, Superintenden Zulkifli Mahmood berkata akibat rempuhan itu menyebabkan penunggang mengalami patah kaki dan tangan kanan serta luka di bahagian kepala.

“Kejadin berlaku pada kira-kira jam 4.10 pagi yang melibatkan kenderaan polis Proton X70 dan dua buah Y15.



“Siasatan awal mendapati kereta polis Proton X70 yang dipandu oleh pegawai rendah bersama pegawai kanan sedang berhenti di lampu isyarat. Secara tiba-tiba sebuah motosikal merempuh dari belakang,” katanya.

Manakala sebuah lagi motosikal yang ditunggang remaja lelaki berusia 17 tahun sempat mengelak daripada melanggar kenderaan polis itu lalu terbabas ke bahu jalan kiri dan mengalami cedera ringan.

Pihak berkuasa mendapati kedua-dua penunggang motosikal tersebut menunggang dalam keadaan laju dan hilang kawalan.

Kes disiasat di bawah Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. Zulkifli Mahmood meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kemalangan menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik, Inspektor Zaidi Yasin (013-4487374).

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here