Toyota hasil 300 juta unit kenderaan, apakah model paling banyak dihasilkan?

495

Toyota sebelum ini mengumumkan pencapaian rekod baru yang kini sudah 300 juta unit kenderaan sudah diedarkan di seluruh dunia. 

Tetapi, model apakah mana yang paling banyak diedarkan? 

Toyota Motor Corporation (TMC) mencapai jumlah pengeluaran global kumulatif sebanyak 300 juta kenderaan yang dicatatkan sehingga September 2023.



Pencapaian itu diperoleh 88 tahun dua bulan selepas kenderaan pertama Toyota, iaitu trak Model G1, dikeluarkan oleh Bahagian Pengeluaran Otomotif Toyoda Automatic Loom Works, Ltd. (kemudian menjadi Toyota Industries Corporation) pada bulan Ogos 1935.

Daripada 300 juta unit kenderaan Toyota itu, 180,52 juta unit dihasilkan di Jepun, manakala diluar Jepun mencatatkan  119.6 juta unit.

Kalau di Malaysia, mungkin yang paling mudah untuk ramalkan kenderaan Toyota paling laris adalah Vios atau Hilux.

Bagaimanapun, kedua-dua model itu tidak tersenarai kenderaan paling banyak dihasilkan oleh Toyota. Menurut catatan Toyota, model dengan jumlah produksi tertinggi adalah Corolla.

Daripada 300 juta unit itu, Corolla mencatat produksi global kumulatif sebanyak 53.399 juta unit. Angka tersebut dicatatkan hingga akhir September 2023.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here