Hasil jualan daun ketapang kering, pemuda ini dapat miliki kereta mewah idaman

1518

Siapa sangka, bermula dengan Perodua Myvi dan sebuah Honda Wave, kini pemuda ini mampu memilik kenderaan mewah idaman hasil jualan daun ketapang kering.

Dr Mohd Zulariffin Md Maarof atau mesra disapa Dr Zul menyatakan di awal permulaan kerjaya, beliau menggunakan Perodua Myvi pada tahun 2009 dengan ansuran bulanan RM500. 



Bahkan, pada tahun itu juga bagi membayar RM4,000 tunai bagi sebuah Honda Wave adalah mustahil.

Mengimbau kenangan 10 tahun lalu,  Dr Zul berkata, beliau terdesak untuk mencari duit bagi meneruskan hidup sebagai penuntut di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Skudai.

Gaji sebagai pembantu penyelidik tidak mampu untuk menampung kos sara hidup yang kian meningkat.  Tambahan, beliau tidak memiliki modal yang besar untuk memulakan perniagaan.

Bagaimanapun, skil dalam bidang data dan matematik bagi mengkaji peluang perniagaan dengan modal kecil di internet dimanfaatkan sepenuhnya. 

Hasilnya, beliau mendapati daun kering mendapat permintaan tinggi di laman eBay yang dikenali sebagai ‘Catappa Leaves’.

Pensyarah Kanan Jabatan Sains dan Matematik Pusat Pengajian Diploma Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) berkata daun tersebut bersepah di UTM. 

“Apabila tahu, saya terus mencari daun-daun kering dan mengosok-gosoknya untuk membuang debu dan tanah.

“Kemudian saya buka akaun eBay dan mengambil foto daun ketapang yang kering itu untuk dijual.

“Malam itu saya tidur seperti biasa tetapi apabila bangun pada esok paginya, saya dapat emel menyatakan 30 helai daun saya berharga USD1 setiap satu sudah dibeli pelanggan dari Texas, Amerika Syarikat (USA),” katanya.

“Saya hanya keluar modal sebanyak RM8 untuk kos pos ke luar negara, modal lain hanya pungut daun ketapang kering yang bersepah-sepah di tepi jalan.

“Dari situ saya memperoleh untung USD30 (RM141) dengan menjual 30 helai daun ketapang kering di laman eBay,” katanya yang berjaya memperoleh RM1 juta pertama pada usia 29 tahun.

Rezeki tidak pernah salah alamat, pada 2015 beliau dapat memiliki kereta mewah pertamanya iaitu Mercedes-Benz SLK 200 dan baru-baru ini meminang sebuah Porsche Macan. 

Mengulas lanjut, Pengarah Urusan Export Oversea Academy itu menyatakan perniagaannya semakin rancak dan apabila memiliki modal hasil jualan daun kering, beliau mempelbagaikan produk dengan menjual barang China di eBay.

Masuk tahun ketiga perniagaan, beliau berjaya mengembangkan bisnes kepada produk-produk yang lebih menguntungkan dari China dan Indonesia, walaupun ketika itu masih melanjutkan dalam bidang Doktor Falsafah di UTM.

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here