Syarikat Britain cari pemandu supersonik 1,287kmj

314

Sebuah syarikat di Britain mencari pemandu kereta supersonik bagi memecahkan rekod kelajuan darat dunia dengan pecutan 1,287kmj.

Akhbar The Sun melaporkan kereta berkuasa jet itu berada di Muzium Pengangkutan Coventry sejak 2019 selepas komander Tentera Udara Diraja Britain (RAF), Andy Green berjaya memecahkan rekod dunia memandu melintasi padang pasir Afrika Selatan pada 2017. 

Rekod kelajuan Green mencecah 1,227kmj menempatkan kereta dinamakan Bloodhound itu dalam senarai lapan kereta pantas terbaik sepanjang zaman selain Sonic 1, Blue Flame, Thrust2, Budweiser Rocket, Sonic Arrow, Aussie Invader III dan Thrust SCC.



Ketua Pegawai Eksekutif Bloodhound, Stuart Edmondson berkata, peruntukan sebanyak GBP12 juta (RM69.3 juta) diperlukan untuk proses baik pulih bagi menempatkan semula kereta itu di atas trek dan memecahkan rekod kelajuan darat 1,287kmj tanpa menggunakan bahan api fosil.

“Pemohon perlu mempunyai kemahiran dan pengalaman tertentu. Saya memerlukan seseorang yang berkebolehan untuk memandu Bloodhound. Ia tentang disiplin dalam persekitaran yang mencabar,” katanya.

Mereka juga memerlukan pakej dana yang besar kerana percubaan sebelum ini untuk mengumpul wang tunai yang diperlukan semasa pandemik Covid-19 gagal.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here