Elak anak tertinggal dalam kereta, taska wajib hubungi ibu bapa

183

Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) mewajibkan pengendali taska dan tadika segera menghubungi ibu bapa, jika ada anak mereka tidak hadir ke kelas seperti biasa.

Itu antara peraturan baharu yang dilaksanakan dalam prosedur operasi standard (SOP) pengendalian taska dan tadika bagi mengelak kejadian ibu bapa tertinggal anak di dalam kereta.



Menteri KPWKK, Datuk Seri Nancy Shukri berkata langkah itu dilaksanakan susulan kekerapan kes kanak-kanak maut selepas ibu bapa yang terlupa dan meninggalkan mereka di dalam kereta.

Beliau berkata, pengendali taska dan tadika juga perlu mendapatkan nombor telefon tambahan kalangan ahli keluarga kanak-kanak selain ibu bapa bagi membolehkan tindakan segera diambil jika berlaku kecemasan.

“KPWKM memperbaharui SOP susulan tiga kes kanak-kanak maut selepas tertinggal di dalam kereta dalam tempoh dua bulan ini.

“Operator taska dan tadika wajib menghubungi ibu atau bapa jika ada kanak-kanak tidak hadir ke kelas kerana ia mungkin berlaku disebabkan salah faham.

“Seperti kemungkinan biasanya ibu yang menghantar anak, tetapi pada hari itu tiba-tiba bapa pula yang menghantar dan dia terlupa ke taska sebaliknya terus ke pejabat dengan anaknya terkunci di dalam kereta,” katanya.

Nancy berkata, berikutan kekerapan kejadian kanak-kanak maut selepas tertinggal di dalam kereta, KPWKM menerima pelbagai reaksi serta cadangan daripada orang ramai bagi mengatasi masalah itu.

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here