Pembeli awal Cybertruck bakal berdepan saman jika jual semula kereta

188

Klausa perjanjian pembelian Tesla Cybertruck baharu menetapkan bahawa pembeli tidak boleh menjual semula trak pikap mereka dalam tempoh tahun pertama.

Sekiranya tidak mendapat kebenaran daripada pengeluar, pemilik berkemungkinan bakal didakwa.



Pengeluar kenderaan elektrik (EV) itu baru saja mengemaskini Perjanjian Tempahan Kenderaan Bermotor menjelang penghantaran Cybertruck pertama, yang dikatakan pada 30 November.

Di bawah terma itu, Tesla menyatakan syarikat mungkin mendapatkan pelepasan injunksi untuk menghalang pemindahan hak milik kenderaan sekiranya pembeli melanggar peruntukan jualan semula.

Atau ia mungkin menuntut ganti rugi jumlah tertentu daripada pelanggan dalam USD50,000 (RM235,890) atau nilai yang diterima sebagai balasan untuk penjualan atau pemindahan, yang mana lebih besar.

Terma itu memberi amaran kepada pelanggan yang tidak patuh bakal dihalang membeli kenderaan Tesla pada masa depan.

Bagaimanapun, Tesla berkata ia mungkin memberikan pengecualian kepada sebahagian pelanggan yang ingin menjual Cybertruck dalam tahun pertama, tetapi perlu mendapat kebenaran bertulis.

Jika syarikat bersetuju, Tesla akan membeli semula kereta itu pada harga yang lebih rendah dengan pengurangan USD0.25 (RM1.18) setiap kilometer perbatuan ditambah dengan komponen haus dan lusuh serta kos baik pulih yang diperlukan.

Ataupun Tesla membenarkan pemilik menjual semula trak itu kepada pihak ketiga. Tesla Cybertruck hanya dikeluarkan dalam unit kecil bagi pelanggan terpilih dan tidak akan memasuki pengeluaran besar-besaran sehingga 2024.

Langkah yang diambil Tesla itu bagi mendahului penjual yang ingin mendapatkan wang menerusi unit terhad itu.

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here