Malaysia rekod jualan kenderaan 74,896 pada Oktober, naik 10 peratus

155

Industri automotif tempatan merekodkan peningkatan jualan kenderaan baharu pada Oktober dengan jumlah keseluruhan industri (TIV) sebanyak 74,896 unit.

Persatuan Automotif Malaysia (MAA) dalam satu kenyataan berkata, jumlah itu mencatatkan 10 peratus lebih tinggi daripada 68,156 unit pada September.



“Ia merupakan TIV bulanan kedua tertinggi serta TIV kali ketiga melebihi 70,000 unit untuk tahun ini.

“Berdasarkan rekod, jumlah tertinggi dicatatkan pada Mac iaitu sebanyak 78,849 unit dan disumbangkan oleh kenderaan buatan tempatan,” katanya. 

Sebelumnya, MAA menaikkan unjuran TIV bagi keseluruhan 2023 kepada 725,000 unit berbanding unjuran sebelumnya 650,000 unit.

Ia susulan jualan kenderaan bermotor baharu terus berkembang kukuh pada separuh pertama 2023, dengan TIV meningkat 10.3 peratus kepada 366,037 unit berbanding 331,746 unit dalam tempoh sama 2022.

Sementara itu, MAA berkata, jumlah pengeluaran industri yang dicatatkan pada Oktober adalah sebanyak 74,191 unit iaitu naik 25.8 peratus berbanding dengan 58,991 unit pada bulan sama tahun lalu.

“Jumlah tersebut lebih tinggi berbanding September iaitu 69,133 unit dan pihaknya menyasarkan jualan bulan ini (November) akan berada pada paras sama seperti Oktober,” jelasnya.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here