Rasuh ‘lesen terbang’ RM300k, SPRM reman empat penguatkuasa

217

Empat anggota penguatkuasa yang disyaki menerima rasuah mengeluarkan ‘lesen terbang’ direman selama tujuh hari.

Perintah reman dikeluarkan Majistret Wan Farrah Fariza Wan Ghazali selepas pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuat permohonan di Mahkamah Majistret Kota Kinabalu pagi tadi. 



Penahanan reman terhadap empat suspek berusia 30-an itu bermula Selasa sehingga 28 November depan untuk siasatan pihak SPRM.

Sinar Harian semalam melaporkan empat penguat kuasa ditahan selepas disyaki menerima wang rasuah kira-kira RM300,000 daripada ejen dan calon yang mengambil lesen memandu.

Kesemua suspek dipercayai melakukan perbuatan tersebut pada 2021 dan 2022 serta disyaki menerima wang rasuah melalui orang tengah sebagai balasan untuk mengeluarkan lesen memandu kepada calon tanpa perlu mengikuti ujian memandu.

Kesemua suspek menggunakan modus operandi dengan meminta dan menerima rasuah daripada orang tengah antara RM400 hingga RM1,200 daripada setiap calon bagi mendapatkan lesen memandu pelbagai kelas tanpa menjalani ujian memandu.

Kegiatan haram sindiket pengeluaran lesen terbang ini dipercayai menyebabkan kerugian kepada hasil kerajaan sebanyak kira-kira RM1.5 juta.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here