OMODA E5: EV Pertama OMODA dah sampai Malaysia

446

Kereta elektrik pertama OMODA menerusi model OMODA E5 sudah tiba di Pelabuhan Klang menandakan pengenalan rangkaian baru dalam pasaran mobiliti pintar dan hijau di Malaysia. 

Chery Malaysia merancang untuk mengadakan acara pratonton eksklusif kepada media, membolehkan wakil media tempatan merasai keupayaan Chery OMODA E5 secara langsung.

Chery OMODA E5 memasuki pasaran Malaysia untuk meraih peluang dalam pasaran yang berpotensi tinggi sebagai langkah kemasukan Chery ke dalam sektor mobiliti hijau Malaysia.



Kenderaan elektrik itu menggunakan tenaga yang sangat rendah hanya 15 kWh/100 km dan jangkauan jarak pemanduan mencecah 450 km.

Cas bateri 20-80 peratus hanya 30 minit

Selain itu, teknologi pengecasan pantas OMODA E5 boleh mengecas bateri dari 20 sehingga 80 peratus dalam hanya 30 minit, memberikan pengalaman perjalanan yang mesra alam dan mudah.

OMODA E5 juga dilengkapi dengan Sistem Bantuan Pemandu Advanced (ADAS) generasi baru yang merangkumi enam belas fungsi seperti pemantauan titik buta, amaran lintasan trafik belakang dan banyak lagi.

Pelbagai pilihan warna luar dan dalam membabitkan tujuh warna luar serta tiga dalaman untuk memenuhi keperluan peribadi pelbagai pengguna.

Baca juga >> Chery Malaysia bakal lancar empat SUV, satu daripadanya adalah EV

Galeri Gambar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here