Lepas kemaskini IHU Proton X90, bateri cepat ‘kong’

830

Awal bulan lalu, Proton menerusi anak syarikatnya Aco Tech telah mengambil langkah yang perlu untuk menghubungi pemilik X90 terkesan susulan masalah kemaskini pakej perisian secara online (OTA) .

Ralat tersebut telahpun dikenalpasti dan kesemua pemilik X90 digalakkan memasang kemaskini perisian baharu bagi membolehkan sistem dioptimumkan dengan peningkatan terkini.



Bagaimanapun, baru-baru ini menerusi tinjauan di grup Facebook Proton X90 Malaysian Community (MYX90COM) mendapati segelintir pemilik berkongsi tentang masalah bateri ‘kong’ selepas melakukan kemaskini.

Akibatnya SUV itu tidak dapat dihidupkan dan perlu ditunda ke pusat servis Proton berhampiran.

Berdasarkan perkongsian itu, beberapa pemilik terkesan adalah mereka yang menggunakan IHU 638 di mana difahamkan sistem mengemaskini secara automatik walaupun enjin tidak dihidupkan.

“Saya punya X90 tak boleh start. Masalah bateri tak caj sejak IHU rosak. Katanya radio yang drain out the bateri. Mohon Proton segera ganti IHU X90 saya,” komen Mito BT.
 
 
Seorang lagi pengguna berkongsi bateri keretanya ‘kong’ selepas tiga minggu menggunakan X90.
 
“Saya dah kena, bateri kong habis…bawa pergi cas baru hidup balik. Semalam dah buat aduan, baru pakai tiga minggu..Proton perlu ambil tindakan. 
 

“Bagaimanapun, bagi versi perisian terkini 640 lebih stabil yang mana tidak mengalami masalah dan menyebabkan bateri kong,” tulis Bakar Shukor.

Rata-rata pengguna menasihati pemilik agar melakukan kemaskini perisian di pusat servis atau menggunakan perisian lama terlebih dahulu kerana versi baharu tidak melibatkan perubahan signifikan.

Selain itu, ada juga pemilik yang meminta pengguna memastikan capaian internet yang stabil dan laju.

“Update IHU tiada masalah jika guna Internet WiFi rumah yang high speed data atau phone high speed data 5G.

“Saya pun dah updated IHU dan tiada masalah langsung. Yang IHU update blank banyak yang guna data Proton. So far X90 saya pun dah enam bulan tapi tiada masalah,” kongsi Darrien Lee. 

TUNDA BELI X90

Susulan perkongsian tersebut, ada juga dalam kalangan ahli grup yang menjadi ‘CCTV’ menunda pembelian X90. 

Keluhan pengguna yang perlu berulang alik ke pusat servis dalam tempoh tidak sampai setahun pemilikan menyebabkan mereka membatalkan pembelian SUV itu. 

“Saya rasa ini tindakan bijak. X90 saya baru berumur 6 bulan. Ia bagi saya headache kerana kena tunggu IHU sebulan. Sudah dua kali bateri mati. Bagus jangan amik, tak berbaloi..habis masa kita masuk keluar SC,” tulis salah seorang pengguna. 

“Samala saya, bayar dahla mahal, tapi macam-macam masalah timbul, cancel terus booking,” tulis Mohd Shahfu Azwan. 

Bahkan salah seorang pemilik yang menggunakan akaun Facebook Jsm-chee Msia mendakwa menjual X90 miliknya selepas enam bulan.

“Sebab problem aircon, bateri, gearbox, gasket bocor dan bunyi papan pemuka. I tak tahan asyik pergi SC. Sekarang tunggu Alphard baru,” tulisnya. 

Tetapi rata-rata pemilik bersetuju masalah yang dihadapi turut berlaku pada jenama kenderaan lain bukan hanya Proton. Di samping itu, masalah yang dihadapi bergantung kepada nasib kerana ada pemilik berkongsi tidak berdepan dengan masalah.

Cuma majoriti bersetuju Proton menambahbaik perkhidmatan selepas jualan kerana memiliki produk yang bagus. 

Bahkan ada yang menyatakan X90 merupakan salah satu kenderaan yang terbaik menerusi keselesaan dan pengendalian selepas mereka menguji kenderaan lain. 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here