Dua lelaki maut, Proton Wira langgar treler muatan habuk kayu

328

Dua lelaki maut selepas kereta dinaiki mereka melanggar sebuah treler membawa muatan habuk kayu di KM16.9, Jalan Raya Timur Barat (JRTB) Gerik – Jeli, Gerik pada Khamis.

Dalam kejadian itu, pemandu Proton Wira dikenali sebagai Razali Mamat, 44, dan penumpangnya, Saipul Hamdan Ismail, 41, disahkan maut akibat kecederaan parah.



Difahamkan kenderaan dinaiki kedua-dua mangsa yang dalam perjalanan menghala ke Jeli itu dipercayai hilang kawalan sebelum memasuki laluan treler berkenaan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Gerik, Mohd Azizan Aziz berkata, sepasukan 12 anggota diatur gerak ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan pada jam 5.17 petang.

“Setibanya di lokasi didapati kereta mangsa berada dalam keadaan terhimpit antara penghadang jalan dan kenderaan berat terbabit menyebabkan kedua-dua mangsa tersepit di dalamnya.

“Pasukan menggunakan pemotong hidraulik dan peralatan menyelamat khas dalam operasi mengeluarkan mangsa,” katanya.

Menurut beliau, kedua-dua mangsa berjaya dikeluarkan sejam kemudian dan pihak Kementerian Kesihatan yang berada di lokasi mengesahkan mangsa meninggal dunia.

Tambah Mohd Azizan, mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk dibawa ke Unit Forensik Hospital Gerik bagi tindakan lanjut.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here