DBKL : Warga asing akan dikenakan caj RM1 bas GoKL

235

Bukan warganegara akan dikenakan caj RM1 bagi setiap perjalanan menggunakan perkhidmatan bas GoKL berkuatkuasa 1 Januari 2024. 

Jabatan Perancangan Korporat Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dalam satu kenyataan berkata caj tersebut akan dilaksanakan secara berperingkat melibatkan empat laluan sekitar pusat bandar iaitu laluan hijau, ungu, merah dan biru.



“Transaksi pembayaran adalah tanpa tunai iaitu melalui kad Touch & Go, kod QR, kad kredit atau kad debit.

“Sementara warganegara yang menggunakan Mykad mempunyai sistem Touch & Go, dikehendaki membuat pendaftaran tersebut bagi menikmati perkhidmatan percuma,” katanya menerusi kenyataan.

Pada 29 November lalu, DBKL memaklumkan akan mengenakan caj tambang bas GoKL kepada bukan warganegara secara berperingkat.

Pihak DBKL menyediakan kaunter pendaftaran di hentian bas KLCC selain hentian akhir Titiwangsa (Pekeliling) dan Pasar Seni sejak 1 Disember lalu.

Kaunter tersebut akan beroperasi dari jam 7 pagi hingga 12 tengah hari dan 2 petang hingga 7 petang bagi memudahkan pengguna mendaftar Mykad bagi menikmati perkhidmatan bas GoKL percuma.

Bagaimanapun, perkhidmatan bas GoKL adalah percuma bagi semua kanak-kanak yang berumur 12 tahun ke bawah.

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here