Penunggang Yamaha LC 135 maut rempuh belakang lori

253

Seorang penunggang Yamaha LC135 maut selepas melanggar bahagian belakang sebuah lori 10 tan di KM 278.5 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS), arah utara, Seremban, pagi tadi.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Sembilan menerima panggilan pada jam 8.50 pagi tentang kemalangan jalan raya lalu memgerahkan pasukan Balai Bomba dan Penyelamat Seremban 2 diketuai PBK II Faizal Basri selaku Komander Operasi.
 
Anggota bomba mengeluarkan mangsa yang tersepit di bawah lori namun disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh petugas Kementerian Kesihatan Malaysia.
 
Manakala, pemandu lori tidak mengalami sebarang kecederaan. Mangsa yang meninggal dunia diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.


APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here